ARTIKEL

1. JOHAN...Barisan wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Sarawak mengungguli Anugerah Inovasi Pendigitalan menerusi projek aplikasi 'Rabies App'

Sarawak rangkul dua anugerah sempena Hari Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Sarawak berjaya mendominasi dua kategori dalam pertandingan sempena penganjuran Hari Inovasi 2025 yang berlangsung selama tiga hari di Dewan Serbaguna Wisma Tani bermula Selasa hingga Khamis lalu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Sarawak mengungguli Anugerah Inovasi Pendigitalan menerusi projek aplikasi ‘Rabies App’ yang berfungsi sebagai pengurusan dan kesedaran penyakit secara digital, sekali gus dinobatkan selaku juara dalam kategori tersebut.

Pasukan DVETS diketuai oleh Rovits Regen dibarisi Nurul Diana Hussaini, Josprin Edwin, Magdalene Marin, Jerina Peter Pee dan Linda Gregory.

Sementara satu lagi anugerah dirangkul oleh Syarikat Alam Bumi dari Stesen Ternakan Karabungan, Miri yang memenangi johan Anugerah Inovasi Industri (Pengeluaran Ternakan) menerusi projek dikenali sebagai ‘Deep Litter Bedding’.

Projek tersebut merupakan satu pendekatan mampan dalam penggunaan empty fruitbunch (EFB) tandan buah kelapa sawit dicampur dengan mikroorganisma efektif (EM) dalam penternakan yang berfungsi mengurangkan bau dan meningkatkan keselesaan haiwan.

Terdahulu, majlis penutupan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Datuk Badrul Hisham Mohd.

Upacara tersebut bukan sahaja mengiktiraf pencapaian para inovator, malah memacu semangat untuk terus mencipta resolusi baharu dalam bidang veterinar dan penternakan negara.

MANTAP…Johan Anugerah Inovasi Industri (Pengeluaran).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha