ARTIKEL

Liwan menjawab soalan langkah menangani vandalisme ke atas kemudahan utiliti dan infrastruktur telekomunikasi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di Kuching, hari ini.

Sarawak Rugi RM11.34 Juta Akibat Vandalisme Kemudahan Utiliti Dan Infrastruktur Telekomunikasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kegiatan vandalisme ke atas kemudahan utiliti dan infrastruktur telekomunikasi di seluruh Sarawak mengakibatkan kerugian sebanyak RM11.34 juta sepanjang 2025.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang berkata, bagi menangani kegiatan tersebut secara lebih berkesan, kementerian mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jawatankuasa Anti-Vandalisme melibatkan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan.

“Antara langkah yang dilaksanakan termasuklah memperkukuh kerjasama dan pelibatan komuniti setempat menerusi program kesedaran antivandalisme.

“Kita juga menggalakkan masyarakat melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan melibatkan kemudahan utiliti dan telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan ADUN Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkaitan langkah menangani vandalisme ke atas kemudahan utiliti dan infrastruktur telekomunikasi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, tindakan undang-undang turut diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut.

“Operasi Bersepadu Ops Lusuh turut dijalankan secara berkala di premis barang lusuh bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi penguat kuasa serta pihak utiliti dan telekomunikasi di seluruh Sarawak.

“Operasi ini penting bagi membendung kegiatan mencuri dan menjual komponen utiliti kepada premis barang lusuh,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya segera menghubungi pihak PDRM sekiranya mengesan sebarang kegiatan vandalisme.

“Aduan rasmi juga boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui portal aduan.mcmc.gov.my atau talian bebas tol 1-800-188-030.

“Aduan juga boleh dibuat menerusi portal talikhidmat.sarawak.gov.my atau menghubungi talian 082-555999 untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,