ARTIKEL

MetMalaysia

Sarawak, Sabah dan Johor berpotensi alami hujan lebat berterusan bermula November ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang dijangka bermula awal November ini dan berterusan hingga Mac 2026.

Ketua pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata pada fasa awal monsun antara November hingga Disember 2025, hujan lebat dijangka memberi kesan utama kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala antara Disember 2025 hingga Januari 2026, Johor, Sabah dan Sarawak berpotensi mengalami episod hujan lebat berterusan.

Beliau berkata perkembangan itu menunjukkan pentingnya kesiapsiagaan bersepadu dan bukan sekadar bergantung pada ramalan, tetapi memastikan logistik, komunikasi, sumber serta tindakan pantas diurus dengan baik apabila bencana berlaku.

“Bagi memperkukuh pemantauan cuaca, METMalaysia kini mengendalikan 42 stesen meteorologi utama, 382 stesen cuaca automatik dan konvensional, lapan stesen udara atas, 18 stesen radar cuaca, enam stesen Wind Shear Detection System serta tiga stesen penerima satelit meteorologi.

“Jaringan sistem ini membolehkan pengesanan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dilakukan secara masa nyata, memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi sebarang kemungkinan bencana,” katanya kepada pemberita selepas Forum Iklim Kebangsaan 2025 dan Kesiapsiagaan Bencana di sini hari ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih