KUCHING: Peruntukan RM1.5 juta daripada Kerajaan Sarawak kepada Majlis Perbandaran Padawan (MPP) adalah peruntukan khas menambah baik struktur dalam bidang kuasa majlis terbabit.
Adun Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin berkata demikian sebagai respon kepada Pembantu Khas Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen iaitu Michael Kong berhubung kenyataan Pengerusi MPP Tan kai mengenai MPP yang berjaya mendapatkan peruntukan tersebut untuk tujuan pembangunan.
“Untuk makluman, saya hanya ada RM5 juta untuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan saya tidak boleh menggunakannya hanya untuk Batu 7 sahaja walaupun ia di bawah kawasan Pilihan Raya saya.
“Chieng Jen yang pernah memegang jawatan Adun tersebut selama tiga penggal. Apakah yang dia lakukan sepanjang tempoh perkhidmatannya?
“Kawasan terbabit menghadapi masalah kekurangan pembiayaan pembangunan, daripada terus menuding jari kepada orang lain beliau harus melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Kota Sentosa di sini, hari ini.
Ujarnya, Ahli Parlimen Stampin itu telah menerima peruntukan besar dalam pembiayaan RTP daripada Kerajaan Persekutuan.
Berita lanjut dalam epaper STSS.



