ARTIKEL

KENANGAN… Awang Tengah menerima cenderahati daripada Abdul Karim yang diiringi oleh pihak Borneo Inspires pada Borneo Inspires Legacy Awards 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.
 FOTO: GHAZALI BUJANG

Sarawak sasar 720 acara, beri impak ekonomi sebanyak RM2.06 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak kini berada di landasan kukuh sebagai Ibu Kota Legasi acara perniagaan di Malaysia dan Borneo hasil transformasi luar biasa yang menjadikan acara perniagaan sebagai pemangkin perubahan sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perubahan ini meletakkan Sarawak sebagai perintis dalam mengangkat acara perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

“Ia bukan sahaja sebagai bukan pemacu pelancongan namun turut menjadi pemangkin kepada penciptaan legasi berimpak tinggi. Kemajuan sebenar bukan hanya diukur melalui pulangan ekonomi, tetapi juga menerusi legasi yang ditinggalkan.

“Falsafah legasi ini yang menjadi teras kepada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Borneo Inspires Legacy Awards 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Sejak mempelopori industri acara perniagaan Malaysia pada 2006, Sarawak terus berkembang dengan pendekatan impak legasi yang kini menjadi model pertama seumpamanya di negara ini.

“Menerusi acara seperti ini, ia berjaya menyatukan individu, industri dan idea yang mungkin kekal terpisah tanpa platform sedemikian, sekali gus membuka peluang dalam bidang inovasi, pelaburan, pendidikan dan kemampanan.

“Contohnya seperti Persidangan Asia Pasifik mengenai Hidrogen Hijau yang menonjolkan peranan Sarawak dalam sektor tenaga bersih dan Persidangan Asia for Animals yang mengangkat isu kesejahteraan haiwan ke peringkat serantau.

“Begitu juga dengan Kumpulan Brewspark Technologies yang membuktikan kejayaan perniagaan boleh seiring dengan kemajuan masyarakat,” tambahnya.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak telah meningkatkan dana subsidi sebanyak 144 peratus sejak 2021 bagi menarik acara bertaraf global dan memperkukuh keupayaan tempatan.

“Pelaburan tambahan ini bertujuan memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada acara perniagaan yang dianjurkan akan memberikan legasi yang boleh diukur menjelang 2030,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sarawak turut menyasarkan penganjuran 720 acara perniagaan dari 2026 hingga 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan impak ekonomi diunjurkan berjumlah RM2.06 bilion.

“Beberapa pembangunan penting sedang dirancang bagi menyokong pertumbuhan sektor ini termasuk perluasan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) serta pembinaan pusat konvensyen baharu di Miri yang dijangka menjadikan Sarawak Utara sebagai hab utama acara perniagaan,”ujarnya.

Menyentuh kembali tentang anugerah ini, Awang Tengah berkata inisiatif itu bukan sahaja terbuka kepada projek di Sarawak malah melangkaui sempadan geografi.

“Kerajaan Sarawak juga akan terus menyokong industri ini dan menyeru sektor kerajaan di Malaysia serta di seluruh dunia agar menggunakan acara perniagaan sebagai alat strategik untuk membina masa depan lebih mampan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu