ARTIKEL

Fatimah pada sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), di Kuching, hari ini.

Sarawak Sasar Bekalan Air Dihantar Dalam Tempoh 12 Jam Selepas Permohonan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak memastikan penghantaran bekalan air kepada penduduk yang terjejas dilaksanakan secepat mungkin, dengan sasaran bekalan dihantar dalam tempoh 12 jam selepas permohonan diterima.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak kini bekerjasama dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan agensi lain bagi memastikan keperluan bekalan air penduduk dapat dipenuhi.

“Kita mengingatkan semua penduduk supaya bersiap sedia dan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI), iaitu selepas menerima permohonan, bekalan air mesti dihantar dalam tempoh 12 jam,” katanya pada sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), di sini, hari ini.

Menurutnya, penghantaran air bukan hanya dilaksanakan selepas pengisytiharan darurat, sebaliknya operasi berkenaan dijalankan sebelum ini kepada penduduk yang memerlukan.

Tambahnya berkata, agihan bekalan biasanya mengambil kira keperluan dua kotak air botol 1.5 liter bagi seorang, sekali gus memerlukan perancangan pengangkutan dan pengagihan yang rapi, khususnya bagi rumah panjang serta kawasan yang mempunyai jumlah penduduk ramai.

“Kerajaan turut bekerjasama dengan jawatankuasa rumah panjang dan kampung bagi menentukan kaedah pengagihan terbaik, sama ada bekalan ditempatkan secara berpusat di dewan kampung untuk diambil penduduk atau kaedah lain yang lebih sesuai.

“Kita mahu mengurangkan dan meminimumkan masalah yang dihadapi rakyat. Inilah masanya kita menunjukkan tekad dan komitmen untuk membantu rakyat serta melakukan apa-apa sahaja yang kita mampu,” tegasnya.

Katanya lagi, Kerajaan Sarawak turut menyediakan sumber dan bantuan kepada JBALB serta JKM bagi memastikan kedua-dua agensi mempunyai peralatan dan kemudahan mencukupi untuk menangani masalah kekurangan air.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang