ARTIKEL

Sarawak sokong matlamat ASEAN di sebalik cabaran ekonomi global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Di sebalik cabaran ekonomi global, Sarawak memperkukuh komitmen terhadap nilai teras ASEAN dengan menyeru kerjasama serantau lebih kukuh yang berteraskan kemampanan dan keterangkuman.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata negeri itu berada pada kedudukan sebagai rakan serantau yang komited, selaras dengan tema ASEAN 2025 “Keterangkuman dan Kemampanan” sebagai pelan induk untuk berdaya tahan.

“Kita sehaluan dengan ASEAN dan secara aktif menyumbang kepada rantau ini, membuktikan bahawa pemeliharaan alam sekitar dan perpaduan sosial boleh berjalan seiring.

“Semasa tempoh ketegangan perdagangan global, kita perlu terus mara bersama-sama untuk menjamin kemakmuran bersama sambil mempromosikan kemampanan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam gala Mesyuarat Majlis Komuniti Sosiobudaya ASEAN (ASCC) ke-33 di sini malam ini.

Abdul Karim berkata pendekatan Sarawak yang berakar dalam inisiatif ekonomi hijau, komitmen terhadap hak masyarakat peribumi dan strategi pembangunan inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat tempatan, tetapi juga kepada rantau ini secara keseluruhan.

Sementara itu, beliau berkata negara ASEAN menyumbang kepada jumlah ketibaan pelancong tertinggi ke Sarawak, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2.6 juta orang atau lebih 55 peratus yang dicatatkan pada 2024.

“Setakat Mac tahun ini, Sarawak merekodkan ketibaan 581,775 pelawat dari negara ASEAN, dengan Brunei Darussalam dan Indonesia merupakan penyumbang utama, masing-masing sebanyak 67 peratus dan 28 peratus,” katanya.

Turut hadir pada majlis makan malam itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing serta Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn. 

Mesyuarat ASCC yang berlangsung dari 22 hingga 26 April di Kuching merupakan mesyuarat peringkat menteri yang dianjurkan dua kali setahun untuk membincangkan isu utama sosiobudaya di seluruh rantau ASEAN. 

Mesyuarat dihadiri wakil dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor-Leste. – BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha