ARTIKEL

Datuk Seri Roland Sagah bersama-sama tetamu jemputan lain merakamkan gambar kenangan sebelum melancarkan Sarawak Space Challenge 2026.

Sarawak space challenge 2026 sasar 6,500 peserta perkasa STEM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Space Challenge 2026 menyasarkan penyertaan 6,500 peserta pada tahun ini dalam usaha memperkasa minat generasi muda terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), sekali gus melahirkan lebih ramai bakat inovatif yang mampu bersaing di peringkat global.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata program yang dahulunya dikenali sebagai NASA Space Apps Sarawak itu merupakan inisiatif kementeriannya bagi memperkenalkan pelajar kepada sains bumi dan angkasa menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan inovasi.

“Program ini merupakan sebahagian daripada NASA International Space Apps Challenge, iaitu hackathon terbesar di dunia yang disokong oleh pakar-pakar Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat.

“Sepanjang empat tahun lalu, lebih 18,000 individu telah menyertai program ini dan pada tahun ini kita menyasarkan penyertaan 6,500 lagi bagi melahirkan penyelesai masalah serta inovator masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Sarawak Space Challenge 2026 di Universiti Teknologi Swinburne Sarawak, di sini, hari ini.

Katanya, melalui program seperti Sarawak Space Challenge, golongan muda didedahkan dengan kemahiran berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah serta menghasilkan penyelesaian inovatif yang mampu memberi impak kepada masyarakat.

“Bakat-bakat inilah yang akan membantu Sarawak bersaing di peringkat global serta memacu pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi,” ujarnya.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan dua rakan kolaborasi baharu, iaitu OCI TerraSus Sdn Bhd dan Pustaka Negeri Sarawak yang akan berganding bahu bersama rakan strategik sedia ada bagi memperluaskan impak program berkenaan.

Pada masa sama, sebanyak 50 siri jelajah sekolah akan diadakan di seluruh Sarawak tahun ini bagi memberi pendedahan kepada lebih ramai pelajar mengenai sains bumi, sains angkasa dan inovasi.

Menurutnya, program itu turut bertujuan memperluaskan penyertaan ke kawasan luar bandar agar lebih ramai anak Sarawak berpeluang menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa tersebut.

Hackathon Sarawak Space Challenge 2026 dijadual berlangsung pada 14 dan 15 November depan di empat lokasi, iaitu Kuching, Sibu, Miri dan buat julung kalinya Bintulu.

Katanya, peserta di keempat-empat lokasi berkenaan bakal menikmati kemudahan bertaraf dunia, bimbingan daripada mentor serta maklum balas terus daripada barisan juri sepanjang pertandingan berlangsung.

Datuk Seri Roland Sagah berkata, pendaftaran bagi Sarawak Space Challenge 2026 kini dibuka kepada orang ramai dan berharap lebih ramai pelajar, belia serta masyarakat umum merebut peluang menyertai program tersebut sebagai platform mengembangkan bakat dalam bidang STEM dan inovasi.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU