ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Persidangan Bajet Sarawak 2025 di BCCK, Kuching, hari ini. - Foto: Ramidi Subari

Sarawak suntik RM100 bilion kepada ekonomi negeri antara 2025-2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak akan menyuntik RM100 bilion kepada ekonomi negeri antara 2025 hingga 2030, sebaik sahaja kos semua projek utama di bawah fasa pertama Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang melebihi RM20 bilion dilunaskan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata ketika ini, pelaksanaan PCDS 2030 sudah pada fasa pertengahan dengan projek-projek infrastruktur termasuk elektrik, air dan jalan pesisir.

“Selepas membina jalan pesisir dan suntikan kepada pelan pembangunan infrastruktur daripada dana Sarawak, termasuk pembiayaan alternatif, menjelang 2027, kita akan membayar semua projek utama di bawah fasa pertama PCDS 2030.

“Dalam erti kata lain, tidak ada hutang…jadi kita akan menyuntik RM100 bilion lagi kepada ekonomi antara 2025 hingga 2030,” katanya ketika berucap pada Persidangan Bajet Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata suntikan dana itu termasuk bagi dua projek mega yang akan memberi kesan kepada ekonomi Sarawak, iaitu pelabuhan laut dalam di Tanjung Embang, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu.

Menurutnya, bagi pelabuhan laut dalam itu, ia akan merangkumi kargo serta terminal minyak dan gas yang akan membuka kawasan Tanjung Embang terus ke Kota Samarahan.

Manakala itu, bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu, Abang Johari berkata ia dijangka boleh menampung 15 juta pelancong.

“Dengan suntikan RM100 bilion oleh kerajaan itu, tidak termasuk sumbangan daripada sektor awam, trajektori ekonomi kita akan kekal tertumpu, dan diharap pada masa itu, Sarawak akan menjadi wilayah makmur yang dikongsi bersama oleh semua rakyatnya,” katanya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah