ARTIKEL

Majang berucap merasmikan Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Banteras Amalan Penggajian Buruh Paksa sempena Labour Go Rural Area Programme 6.0, 2025 di Dewan Suarah Bintulu, pada Rabu.

Sarawak Tegas Benteras Buruh Paksa – Majang Renggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kerajaan Sarawak memberi jaminan akan terus mempergiat usaha membanteras amalan buruh paksa dan sebarang pelanggaran hak pekerja, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri ini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi berkata, buruh paksa merupakan satu bentuk jenayah yang bukan sahaja menindas golongan pekerja tetapi juga memberi kesan buruk terhadap keharmonian masyarakat dan reputasi negara di peringkat antarabangsa.

“Isu buruh paksa bukan perkara kecil. Ia satu pelanggaran hak asasi manusia dan menjejaskan imej kita sebagai sebuah negara yang menghormati keadilan dan undang-undang.

“Justeru, kita mesti pastikan amalan ini dibanteras hingga ke akar umbi,” katanya semasa berucap merasmikan Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Banteras Amalan Penggajian Buruh Paksa sempena Labour Go Rural Area Programme 6.0, 2025 di Dewan Suarah Bintulu, pada Rabu.

Menurut beliau, usaha membanteras buruh paksa perlu digerakkan secara bersepadu oleh semua pihak termasuk majikan, pekerja, masyarakat serta agensi penguat kuasa di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Tegasnya, yang juga ADUN Samalaju, majikan memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran kerja yang adil dan beretika, manakala pekerja perlu berani tampil membuat aduan jika hak mereka dicabuli.

“Saya menyeru kepada semua majikan di Sarawak supaya mematuhi peraturan buruh sepenuhnya dan menjauhi sebarang amalan tidak berperikemanusiaan. Pada masa sama, pekerja juga perlu berani melaporkan jika berlaku pelanggaran hak,” katanya.

Menurut Majang lagi, program anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak itu menjadi antara pendekatan strategik kerajaan dalam membina kesedaran di peringkat akar umbi mengenai kepentingan mematuhi undang-undang buruh dan menolak sebarang bentuk eksploitasi pekerja.

“Program ini bukan sekadar menyampaikan maklumat tetapi juga membawa perkhidmatan terus ke kawasan luar bandar, tempat yang mungkin kurang pendedahan dan jauh daripada penguatkuasaan.

“Kerajaan Sarawak melalui Dasar Pembangunan Sumber Manusia dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan yang berdaya saing dan dilindungi,” ujar beliau.

Majang turut mencadangkan supaya program kesedaran buruh turut melibatkan pelajar lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi sebagai langkah pencegahan awal terhadap eksploitasi pekerja pada masa hadapan.

“Pendidikan awal tentang hak pekerja dan etika pekerjaan penting bagi melahirkan generasi pekerja dan majikan yang beretika, berilmu dan bertanggungjawab,” tambahnya lagi.

Lebih 300 orang terdiri daripada majikan dan golongan pekerja dari pelbagai sektor di sekitar Bintulu menghadiri program sehari anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dan KESUMA.

Program Labour Go Rural Area 6.0 yang bermula di Kuching pada 30 Jun lalu telah singgah di Sibu sebelum tiba di Bintulu pada Rabu dan akan diteruskan ke kawasan pedalaman lain.

Program ini disertai pelbagai agensi di bawah KESUMA bagi memberi perkhidmatan terus kepada masyarakat termasuk khidmat nasihat, pemeriksaan dan sesi penerangan mengenai undang-undang buruh.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan