ARTIKEL

Len menyampaikan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTS kepada salah seorang penerima pada majlis penyerahan di Rumah Panjang Bungkang, hari ini. Foto OSMAN RAZALI.

Sarawak teliti semula fi pekerja asing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keputusan berhubung semakan kadar fi pekerja asing di bawah pelaksanaan Pendekatan Transformasi Pekerja Asing (FWTA) hanya akan dibuat selepas Kerajaan Sarawak menerima rekomendasi serta laporan hasil rundingan yang sedang dijalankan dengan pihak berkaitan.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan antara Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala dengan organisasi terlibat juga sedang dijalankan.

“Justeru, saya sedang menunggu rekomendasi dan laporan sebelum membuat sebarang keputusan. Kita masih dalam perbincangan kerana terdapat obligasi kontrak berdasarkan terma dalam kontrak.

“Apa yang kami lakukan ketika ini ialah membincangkan perkara tersebut dengan syarikat yang terlibat dan menilai situasi tersebut berdasarkan keadaan ekonomi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak Platform Pengeluaran Sirung antara Brooke Holding Sdn. Bhd. (BHSB) dengan PTTEP Sarawak Oil Limited (PTTEP) di Hotel Sheraton Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menambah, Kerajaan Sarawak mungkin akan mempertimbangkan untuk menstruktur semula kadar tersebut bagi manfaat sektor swasta dan bukan sekadar mengurangkannya.

“Mungkin kerajaan akan mempertimbangkan bukan sahaja untuk menurunkan kadar, tetapi juga melihat bagaimana kita boleh menstruktur semula kadar tersebut demi manfaat sektor swasta,” ujarnya.

Sebelum ini, pada sidang media Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang Bahagian Bintulu 2026 di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada 23 Mei lalu, beliau memaklumkan Kerajaan Sarawak sedang meneliti semula kadar yang berkaitan sebelum pelaksanaan FWTA.

Menurutnya, rundingan mengenai perkara tersebut telah diadakan dan semakan semula sedang dilakukan sebelum pendekatan berkenaan akan dilaksanakan selepas tempoh semasa berakhir.

Jelasnya lagi, Gerawat akan memberikan penerangan lanjut mengenai perkara itu sambil memaklumkan rundingan telah diadakan bagi meneliti semula kadar berkenaan. Kerajaan juga akan meneliti terlebih dahulu kontrak sedia ada sebelum sebarang keputusan dibuat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU