ARTIKEL

TAHNIAH… Shamsul (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee pada Majlis Apresiasi Penarafan Naziran Pengurusan Aduan Awam Peringkat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Tahun 2025, hari ini. (FOTO: UKAS)

Sarawak terima 56,000 aduan awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Lebih 56,000 maklum balas dan aduan awam diterima Kerajaan Sarawak sehingga Oktober 2026, dengan 96.5 peratus daripadanya berjaya diselesaikan.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pencapaian itu wajar diberi pengiktirafan apabila sebahagian besar aduan berjaya ditangani dalam tempoh kurang empat hari.

Menurutnya, prestasi itu membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan aduan dan maklum balas rakyat diberi perhatian serta tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, katanya, pencapaian berkenaan tidak seharusnya menyebabkan pentadbiran berpuas hati, sebaliknya penambahbaikan perlu dilaksanakan segera sekiranya masih terdapat kelemahan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Penarafan Naziran Pengurusan Aduan Awam Peringkat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Tahun 2025 di sini, hari ini.

Shamsul berkata, pengurusan aduan awam bukan sekadar menerima dan menyelesaikan aduan, tetapi perlu dimanfaatkan untuk mengenal pasti corak permasalahan serta kelemahan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Katanya, aduan berulang dari kawasan atau berkaitan perkara sama boleh menjadi petunjuk kepada kelemahan perkhidmatan yang memerlukan tindakan penambahbaikan.

Dalam pada itu, beliau menggesa kepimpinan tertinggi negeri mengambil berat fungsi pengurusan aduan awam dan memastikan mesyuarat berkaitan diadakan secara berkala bagi memahami permasalahan rakyat serta mempercepat tindakan susulan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU