KUCHING: Kerajaan Sarawak menerima sebanyak 594 permohonan Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan (DSITKS) setakat 2 Mei lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Sri Fatimah Abdullah.
Menurutnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyerahkan sendiri sebanyak 44 sijil DSITKS kepada pemegang kanak-kanak.
“Tempoh sah laku dokumen ini adalah selama dua tahun dari tarikh kelulusan permohonan. Dokumen ini khusus untuk memudahkan pemegangnya memperoleh akses kepada pendidikan dan kesihatan
di Sarawak dan ia bukan dokumen kewarganegaraan Malaysia.
“Permohonan perlanjutan boleh dilakukan sekiranya pemegang masih belum memperoleh kewarganegaraan. DSITKS perlu dikembalikan ke kementerian sebaik sahaja pemegang memperoleh
kewarganegaraan dan kad pengenalan,” katanya.
ADUN Dalat itu berkata demikian menjawab soalan ADUN Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek dan ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip mengenai jumlah permohonan DSITKS pada semasa sesi soal jawab di Persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, sejak penubuhan Jawatankuasa Khas dibawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Peringkat Sarawak pada tahun 2016, sebanyak 1,252 permohonan dari seluruh negeri telah diterima dan dibentangkan.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.





