ARTIKEL

Sarawak terima 87,000 dos vaksin Pfizer menjelang penghujung Februari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak dijangka menerima sebanyak 87,000 dos vaksin Pfizer menjelang penghujung Februari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

“Vaksin fasa pertama ini akan diberikan kepada petugas barisan hadapan di negeri ini,” katanya dalam sidang video bersama Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting hari ini.

Beliau menambah bagi fasa kedua pula, Sarawak akan menerima sebanyak 900,000 dos vaksin.

Katanya vaksin ini akan diberikan kepada individu berisiko tinggi seperti warga emas, pesakit diabetes dan kolesterol tinggi.

Manakala, Kui Hian berkata sebanyak 900,000 dos vaksin lagi akan diperolehi dalam fasa ketiga dan akan diberikan kepada individu berisiko rendah berusia 18 tahun ke atas.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat Sarawak harus bersedia menerima vaksin untuk mengurangkan jumlah jangkitan Covid-19 di negeri ini.

“Semua orang perlu menerima vaksin kerana apabila 70 peratus rakyat divaksin, jumlah kes akan dikurangkan.

“Apabila vaksin tiba, diharapkan terdapat 70 peratus rakyat yang menerima vaksin dan semua orang dapat pulang kepada kehidupan normal mereka,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha