ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS Sarawak Ke-18 di Hotel Kingwood, Sibu, hari ini. | Foto: TVS

Sarawak teroka kerjasama teknologi karbon dan rawatan air dengan Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sarawak terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan apabila Singapore Enterprise meneroka peluang kerjasama dalam teknologi berkaitan karbon dan rawatan air di negeri ini.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pihak berkenaan juga sudah membawa beberapa pakar ke Sarawak sekali gus melihat potensi yang ada di negeri ini untuk pelaburan bersama.

Antara bidang yang diberi perhatian ialah teknologi berkaitan karbon termasuk penyimpanan karbon (carbon storage) dan perdagangan karbon (carbon trading).

“Singapura ialah negara maju.

Mereka juga berhadapan dengan isu pelepasan karbon dan perlu mencari asas perdagangan karbon.

Justeru, mereka melihat Sarawak mempunyai potensi dalam bidang ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS Sarawak Ke-18 di Hotel Kingwood, Sibu, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari menambah, perkara kedua yang diberi perhatian ialah kerjasama dalam teknologi membersihkan air sungai.

Menurutnya, Singapura mempunyai teknologi yang boleh digunakan untuk membersihkan air sungai dan perkara itu juga berpotensi diterokai.

“Berkenaan air, Singapura sudah ada teknologi yang boleh membersihkan air sungai.

Mereka mempunyai teknologi itu.

Bagaimanapun, dalam hal tersebut kita perlu melihat bagaimana perbincangannya selepas ini.

Ia belum dimuktamadkan lagi dan sedang diteroka, kerana mereka lihat kita ada sumber,” tegasnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan Kerajaan Sarawak juga mahu mempercepatkan transformasi bandar Sibu bagi menarik semula golongan profesional kembali ke negeri ini.

“Sibu mempunyai masalah banjir kerana parasnya lebih rendah daripada paras sungai.

Jadi, kita perlu mengolah pembangunan yang lebih canggih dan itu memerlukan pengalaman serta kepakaran,” tegasnya.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU