ARTIKEL

Awang Tengah bersama Reezal menyempurnakan simbolik perasmian sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain.

Sarawak Teroka Pasaran Baharu, Kurangkan Kebergantungan Tradisional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak perlu meneroka pasaran baharu merentasi benua bagi mengukuhkan ekonomi berdaya eksport serta mengurangkan kebergantungan terhadap rakan dagang tradisional.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, usaha itu penting memandangkan landskap perdagangan global kini semakin mencabar akibat ketegangan geopolitik dan dasar perlindungan ekonomi.

“Kita tidak boleh fokus kepada satu pasaran sahaja kerana peluang ada di banyak tempat.

“Asia Tenggara sahaja mempunyai lebih 650 juta penduduk, belum termasuk Jepun, Korea, China, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Latin,” katanya ketika merasmikan Hari Eksport Sarawak 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurut beliau, untuk memastikan produk dan jenama Sarawak lebih dikenali di peringkat global, kerjasama strategik perlu diperkukuh melibatkan pemain industri, agensi promosi perdagangan dan pengedar antarabangsa.

“Kita kini mempunyai pejabat perdagangan dan pelancongan di Singapura serta Brunei dan dalam masa terdekat, akan membuka satu lagi pejabat di Pontianak, Indonesia.

Selain itu, kita juga merancang untuk menubuhkan sebuah pejabat di Abu Dhabi dengan kerjasama Petros dan Sarawak Energy Berhad (SEB),” katanya.

Menjelas lanjut, beliau berkata kerjasama ini penting untuk membuka akses ke pasaran runcit, meningkatkan keterlihatan jenama dan mewujudkan jejak yang lebih luas untuk produk Sarawak di pasaran global.

Awang Tengah

Dalam era perdagangan digital, katanya, teknologi memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya saing syarikat tempatan termasuk menerusi penggunaan platform digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi rantaian blok.

“Syarikat perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan memanfaatkan teknologi ini bukan sahaja untuk menjangkau pembeli global tetapi juga bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan operasi,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa keperluan pasaran hari ini telah berubah, dengan pembeli global tidak lagi hanya menilai dari segi harga dan kualiti tetapi turut memberi keutamaan kepada aspek kelestarian.

“Permintaan terhadap produk lestari semakin meningkat sejajar dengan perubahan tingkah laku pengguna.

“Justeru, pengeksport kita perlu mematuhi piawaian antarabangsa yang menekankan amalan mampan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa strategi eksport Sarawak akan berteraskan pendekatan dua cabang bagi memastikan setiap pemain industri mendapat manfaat dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan perdagangan negeri secara inklusif dan mampan.

“Bagi pengeksport besar dan sederhana, tumpuan diberikan kepada inovasi, kepimpinan rantaian bekalan dan penjenamaan lestari.

Manakala bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), penekanan adalah kepada pertumbuhan, peningkatan skala, pembangunan kapasiti serta pendigitalan,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan ini membolehkan semua pemain dalam ekosistem eksport Sarawak, daripada industri utama hingga ke usahawan luar bandar, bergerak seiring membina kekuatan dagangan negeri secara menyeluruh.

“Inilah cara untuk kita memastikan pertumbuhan eksport Sarawak bukan sahaja mampan tetapi turut inklusif dan menyeluruh,” tambahnya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh; Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Ahli Lembaga MATRADE, Datuk Mohammad Medan Abdullah; Penasihat kepada MINTRED, Datuk Seri Mohamad Naroden Majais; serta Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkornain Masron.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha