ARTIKEL

Fatimah ketika penggulungan Kementerian Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching, hari ini.

Sarawak tinggal satu mata peratusan capai status masyarakat menua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak kini hanya satu mata peratusan lagi untuk mencapai status masyarakat menua kerana penduduk berusia 60 tahun ke atas dianggarkan merangkumi 14 peratus daripada keseluruhan penduduk negeri ini pada 2025.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, angka berdasarkan Anggaran Penduduk Semasa 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu semakin menghampiri ambang 15 peratus yang ditetapkan dalam Dasar Warga Emas Negara.

“Seiring dengan perubahan demografi ini, Kerajaan Sarawak terus memperkukuh ekosistem sokongan warga emas bagi memastikan kesejahteraan, kesihatan, perlindungan dan keperluan penjagaan mereka terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, setakat 30 September lalu, sebanyak 30 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan lapan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) beroperasi di seluruh Sarawak dengan 21,828 warga emas berdaftar, sekali gus memperluas aktiviti sosial, kesihatan, pembelajaran dan rekreasi.

“Dalam aspek bantuan pula, jumlah pemegang Kad Kenyalang Emas (KGC) mencecah 410,847 orang sejak diperkenalkan pada 2020, manakala rakan strategiknya meningkat daripada 46 kepada 1,345, selain Bantuan Ihsan Kematian berjumlah RM85.1 juta disalurkan kepada 33,764 waris.

“Bagi Manfaat Kesihatan Warga Emas, seramai 234,318 warga emas telah berdaftar sejak Ogos 2024 hingga September 2026, dengan 133,895 orang atau 57 peratus sudah menggunakan kemudahan itu melibatkan perbelanjaan RM137.5 juta,” jelasnya.

Katanya, akses rawatan turut diperluas apabila jumlah klinik dan hospital swasta panel meningkat daripada 257 pada April kepada 279 pada September tahun ini.

“Sementara itu, Program Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) melibatkan 263 sukarelawan yang membantu 1,052 warga emas dan orang kurang upaya di seluruh Sarawak menerusi peruntukan RM2.614 juta, termasuk bantuan bulanan RM100 kepada setiap penerima.

“Kerajaan turut meluluskan insentif penjagaan warga emas sebanyak RM200 sebulan kepada 29 penjawat awam di Rumah Seri Kenangan Kuching dan Sibu, berkuat kuasa Jun lalu,” katanya.

BERITA LAIN

679 PPS dikenal pasti bagi hadapi Monsun Timur Laut

KUCHING: Sebanyak 679 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dikenal pasti di seluruh Sarawak sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut 2026/2027, manakala bekalan bantuan keperluan asas turut

BERITA TERBARU