ARTIKEL

UNTUK SARAWAK…Abdul Aziz (tiga kiri) berbincang sesuatu mengenai Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (DPPS) bersama Richard Lee (empat kiri) dan Gerawat (dua kiri) sambil disertai oleh Grover (kiri) dan Wee (kanan).

Sarawak tubuh Dana Pendidikan Perpaduan bantu pelajar negeri ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (DPPS) telah meraih RM1.6 juta bagi membantu memberi bantuan kewangan bagi pelajar negeri ini melanjut pengajian ke institusi pendidikan tinggi dalam negara. 

Pengerusi Penganjur bagi dana tersebut, Datuk Richard Lee Say Tshin berkata, ahli jawatankuasa mensasarkan kutipan RM2 juta bagi dana tersebut sebelum ia dilancarkan pada tahun hadapan.

SIDANG MEDIA… Richard Lee (tiga kiri) bercakap pada sidang media sempena Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (DPPS). Turut kelihatan Gerawat (kiri), Abdul Aziz (dua kiri) dan Wee (empat kiri)

Katanya dengan dana tersebut, ia dapat diberikan dalam bentuk biasiswa kepada anak Sarawak yang memerlukan serta berbakat selain membentuk mereka menjadi pemimpin negeri pada masa akan datang. 

“Sempena 60 tahun Sarawak bersama membentuk Malaysia dan menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, adalah tepat pada masanya untuk sektor swasta untuk melaksanakan program untuk menyokong pembangunan negeri.

“Justeru, kita menubuhkan Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (DPPS) untuk membangunkan rakyat Sarawak untuk pendidikan dan menjadi pemimpin pada masa akan datang,” katanya pada sidang media sejurus selepas mesyuarat pertama DPPS di Kelab Sarawak, Jalan Taman Budaya, di sini hari ini.

Turut hadir, Tan Sri Abdul Aziz Datuk Husain selaku Pengerusi DPPS, Setiausaha DPPS Datuk Wee Yaw Hin, Jawatankuasa Pemilih DPPS Datuk Gerawat Gala dan Ketua Seketariat DPPS Grover Peter Gani.

Lee memberitahu,  Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga bersetuju untuk menjadi penaung kepada dana pendidikan tersebut selain menyatakan komitmen pihaknya untuk memastikan  memastikan dana pendidikan ini dilaksanakan secara berterusan, mampan dan memberi manfaat kepada negeri pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, pelancaran dana itu akan disempurnakan oleh Abang Johari dan makan malam amal akan diadakan untuk meraih sumbangan untuk dana tersebut. 

Justeru beliau berkata, orang ramai mahupun ahli jawatankuasa DPPS dan usahawan diharapkan dapat memberikan sokongan dengan memberi sumbangan untuk dana tersebut.

Sementara itu, Gerawat berkata, pemberian biasiswa pendidikan itu tidak dihadkan kepada mana-mana pelajar yang memerlukan serta layak dan berbakat, tanpa mengira bangsa dan agama.

Jelasnya, objektif dana itu bertujuan untuk membentuk modal insan yang suatu hari nanti akan berkhidmat untuk Sarawak pada masa akan datang. 

“Kita tidak membezakan pelajar kerana latar belakang dan etnik yang berlainan, justeru ia terbuka kepada semua orang yang layak.

“Ia (dana) untuk pelajar yang menuntut di institusi pendidikan awam dan swasta dalam Malaysia,” katanya.

Gerawat turut memberitahu, satu jawatankuasa pemilih akan dibentuk bagi menentukan kriteria untuk pemberian biasiswa tersebut.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha