ARTIKEL

Sarawak tubuhkan 16 CLC, penuhi hak asasi anak-anak pekerja ladang Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penubuhan 16 Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di Sarawak merupakan usaha kerajaan untuk memenuhi hak asasi anak-anak pekerja ladang warganegara Indonesia untuk mendapatkan pendidikan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, jumlah yang direkodkan itu juga melibatkan CLC di Miri, Bintulu, Mukah dan Simunjan.

Katanya, sehingga kini, terdapat 890 anak-anak pekerja ladang Indonesia mendapatkan pendidikan di pusat tersebut.

“Justeru, kita ingin memberikan penghargaan terhadap usaha baik yang dilakukan oleh Persatuan Destiny untuk Kanak-kanak di Sibu dan Persatuan Pendidikan D’Wira di Kuching kerana menyediakan akses pendidikan tanpa mengira kerakyatan kanak-kanak di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan 
ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU