DEBAK: Sarawak masih menunggu arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai tindakan yang perlu diambil ekoran peningkatan kes COVID-19 di negara ini.
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peningkatan yang berlaku sangat membimbangkan.
“Bagaimanapun kita menunggu arahan (KKM) termasuk jika perlu memberikan suntikan vaksin kali ketiga,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS).
Beliau berkata demikian kepada media program di Rumah Panjang Layang dekat Nanga Lop di sini, hari ini.
Beliau mengingatkan rakyat agar menjaga kesihatan masing-masing.
“Dapatkan nasihat doktor jika mengalami demam, batuk dan sakit tekak.
“Jangan teragak-agak untuk melakukan kuarantin kendiri jika didapati positif COVID-19,” ujarnya.
Uggah turut menasihatkan agar masyarakat sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di tempat sesak dan kerap mencuci tangan.



