ARTIKEL

Datuk Seri Julaihi mengadakan lawatan ke tapak projek sistem akut di Puncak Borneo.

Sarawak Tunggu Keputusan Muktamad Ambil Alih 79 Projek Air Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Kerajaan Sarawak sedang menunggu keputusan muktamad daripada Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pengambilalihan 79 projek bekalan air Persekutuan bernilai sekitar RM3.47 bilion yang didakwa tertunggak sejak sekian lama.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, cadangan itu dibentangkan kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) selepas mendapat persetujuan prinsip daripada pihak Persekutuan dalam beberapa siri perbincangan sebelum ini.

Katanya, langkah pengambilalihan ini penting bagi memastikan projek-projek berkenaan tidak terus menjadi “missing link” yang menjejaskan kesinambungan sistem bekalan air di seluruh negeri, khususnya di kawasan luar bandar.

“Kalau berdasarkan rekod kita, Kerajaan Sarawak melalui kementerian saya dan agensi pelaksananya, JBALB dan Sarawak Water boleh melaksanakan dan mampu melaksanakan projek menggunakan dana negeri.

“Maka kita mengemukakan cadangan untuk mengambil alih dan melaksanakan projek-projek yang didanai Kerajaan Persekutuan yang tertunggak lama, katanya ketika ditemui sempena lawatan kerja di Jalan Puncak Borneo, di sini hari ini.

Julaihi berkata, berdasarkan keupayaan tersebut, Kerajaan Sarawak mencadangkan supaya projek Persekutuan yang tertangguh diserahkan kepada negeri untuk dilaksanakan secara terus.

Beliau berkata, antara contoh paling jelas ialah di Puncak Borneo apabila projek yang diluluskan sejak 2016 tidak dapat dilaksanakan sehingga menyebabkan jurang dalam sistem bekalan air sedia ada.

“Jadi kita ambil keputusan bina sistem akut sendiri menggunakan dana negeri bagi menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan ini,” katanya.

Projek tersebut kini menghasilkan kira-kira enam juta liter air sehari dan boleh dinaik taraf sehingga lapan atau 10 juta liter sehari bagi menampung keperluan beberapa kampung sekitar termasuk Kampung Sitang, Kampung Petag dan Kampung Bangau.

Mengulas lanjut, Julaihi berkata Kerajaan Sarawak ketika ini sedang melaksanakan sekitar 360 projek bekalan air menggunakan peruntukan negeri dengan kadar kemajuan keseluruhan mencecah 93 peratus.

Katanya, projek-projek berkenaan berjalan mengikut perancangan tanpa kelewatan ketara berbanding projek persekutuan yang masih menunggu keputusan penyerahan kuasa pelaksanaan.

Beliau menegaskan, perbezaan perlu dibuat antara projek dibiayai kerajaan negeri dengan Persekutuan kerana kedua-duanya mempunyai mekanisme pelaksanaan dan sumber dana yang berbeza.

“Kita sudah tulis kepada MOF untuk dapatkan perincian penuh supaya apabila diserahkan nanti, ia bukan sekadar pindah projek, tetapi disertakan kuasa penuh untuk pelaksanaan mengikut sistem Sarawak,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Sarawak juga tidak mahu situasi “pindah tanggungjawab tetapi lambat tetap lambat” berulang selepas pengambilalihan dibuat.

Julaihi berkata, Kerajaan Sarawak kekal komited mempercepat pembangunan infrastruktur air di seluruh negeri melalui peruntukan sendiri yang berjumlah hampir RM7 bilion bagi projek naik taraf dan penggantian paip usang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke