ARTIKEL

Sarawak ungguli kutipan pingat hari pertama

SUKAN BORNEO 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontinjen tuan rumah, Sarawak menyerlah pada saingan hari pertama temasya Sukan Borneo, Kuching 2025.

Mengungguli kutipan pingat dengan meraih 47 pingat keseluruhan, 16 emas, 19 perak dan 12 gangsa (setakat pukul 9:00 malam tadi).

Mengatasi jiran tetangga, Sabah di kedudukan kedua dengan 26 pingat keseluruhan, 6 emas, 7 perak dan 13 gangsa.

Kalimantan Timur turut mengekori rapat di kedudukan ketiga dengan 7 pingat keseluruhan, 4 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan di kedudukan keempat dengan 5 pingat keseluruhan, 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

Brunei Darussalam pula di kedudukan kelima dengan 5 pingat keseluruhan, 2 emas dan 3 gangsa.

Ketua Kontinjen Sarawak, Datuk Ripin Lamat mengucap syabas kepada atlet yang berjaya menyumbang pingat dalam acara masing-masing.

KETUA KONTINJEN SARAWAK… Datuk Ripin Lamat.

Beliau berharap akan terus berlaku pertambahan pingat dalam beberapa acara sukan lain yang dipertandingkan esok.

“Semangat juang yang ditunjukkan atlet kita cukup tinggi dan berharap ia akan mencetus inspirasi kepada rakan-rakan mereka yang lain terutama kepada atlet yang akan turun ke gelanggang esok,” tegas beliau kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU