ARTIKEL

Sarawak utamakan rakyatnya yang dilihat umpama ‘keluarga’, Belanjawan Sarawak 2024, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, projek infrastruktur Sarawak, pendapatan negeri Sarawak, SABERKAS Sarawak
Fazzrudin (belakang, tengah) merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat dan penerima bantuan persekolahan. - Foto: Ramidi Subari

Sarawak utamakan rakyatnya yang dilihat umpama ‘keluarga’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, menyangkal khabar atau cerita negatif yang mengatakan Sarawak mementingkan negeri ini sahaja dalam usaha menambah pendapatan dan sebagainya.

Jelasnya, usaha menguruskan negeri sama seperti menguruskan keluarga.

Setiap tahun dalam keluarga, ibu bapa akan mempunyai pendapatan atau gaji yang akan digunakan untuk membeli keperluan, selain disimpan serta dilaburkan.

“Begitu juga dengan Belanjawan Sarawak RM15.8 bilion untuk tahun hadapan yang diumumkan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sudah pasti ia akan memanfaatkan rakyat Sarawak.

“Ini telah dibuktikan dengan perbelanjaan kerajaan untuk projek jalan raya dan jambatan bagi memastikan kawasan luar bandar turut mendapat akses.

“Projek infrastruktur ini memerlukan pelaburan besar berjumlah berbilion ringgit, tetapi ia memberi manfaat kepada semua orang serta banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kembali Ke Sekolah anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di Mydin Hypermarket Vista Tunku, Petra Jaya di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Agung SABERKAS Sarawak merangkap Setiausaha SABERKAS Cawangan Tupong, Ts. Nizam Khalyd, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Matang, Mohamad Fariz Junaidi, Guru Besar SK Matang, Suraya Wahap, Pengurus Mydin Vista Tunku, Elappan Balakrisnan, serta wakil lain.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah