ARTIKEL

TAHNIAH... Abang Johari (dua kiri) ditemani Julaihi (kanan) menyampaikan Anugerah Ekonomi Digital Premier kepada wakil Unit Pendigitalan Perkhidmatan Awam Sarawak. | FOTO: GHAZALI BUJANG

SarawakPass Raih Anugerah Ekonomi Digital Premier

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: SarawakPass dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ekonomi Digital Premier – anugerah tertinggi dalam Anugerah Ekonomi Digital 2026 (DEA2026).

Anugerah itu diberikan kepada Unit Pendigitalan Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU), Jabatan Premier Sarawak menerusi inisiatif SarawakPass: Powering Proactive, Citizen-Centric Government Services.

Inisiatif berkenaan turut memenangi Anugerah Kerajaan Digital, sekali gus menjadikan SCSDU penerima dua anugerah dalam DEA2026.

UNTUK ALBUM… Abang Johari ditemani Julaihi merakam kenangan bersama-sama para penerima Anugerah Ekonomi Digital 2026 sempena IDECS26. | FOTO: GHAZALI BUJANG

Anugerah itu disampaikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sambil ditemani Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi pada Majlis Makan Malam Gala IDECS26 di Hotel VOCO, di sini, malam tadi.

Selain SCSDU, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut meraih dua anugerah menerusi kategori penyelidikan dan pembangunan serta teknologi digital.

Bagi kategori penyelesaian pintar, SCSDU sekali lagi diiktiraf menerusi SERVICE SARAWAK: One Government at Your Service, Transforming Public Service Delivery.

NEUON AI Sdn Bhd pula memenangi anugerah inovasi AI menerusi NEUON D2D: One Sovereign AI Platform, Eight Pillars, Owned by Sarawak.

Sementara itu, One Medicare Sdn Bhd menerima anugerah kelestarian alam sekitar menerusi program kelestariannya, manakala OB Research Sdn Bhd memenangi anugerah industri kreatif digital menerusi Owl & Badger: Research Made Accessible Through Digital Storytelling.

DEA2026 menerima 128 penyertaan, meningkat daripada 116 penyertaan pada tahun lalu, iaitu pertambahan kira-kira 10 peratus dan daripada jumlah itu, 75 penyertaan diterima untuk penilaian peringkat pertama berbanding 70 pada 2025.

DEA2026 dianjurkan oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA) bersempena IDECS26 bertemakan Scaling Innovation Ecosystems for a Borderless Economy: Earth, Orbit and Beyond, bagi mengiktiraf pencapaian dan inovasi digital yang mempunyai hasil serta impak dapat diukur.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke