ARTIKEL

BERGAMBAR... Abdul Karim dan Muhammad Najwan serta barisan tetamu kehormat yang lain seusai kunjungan hormat oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor ke Pejabat MYSED di Bangunan Baitulmakmur II. FOTO: UKAS

Sarawak,Selangor perkukuh kerjasama industri kreatif dan keusahawanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerjasama strategik antara Sarawak dengan Selangor dalam membangunkan industri kreatif serta keusahawanan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan pada masa hadapan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kolaborasi ini juga mampu membuka peluang bermanfaat kepada masyarakat.

“Melalui perkongsian ilmu, pengalaman serta kepakaran kedua-dua buah negeri dapat membuka lebih banyak peluang kepada penggiat industri kreatif dan usahawan muda dalam sektor berkaitan.

“Perkongsian ini juga memberi ruang untuk kita lihat peluang kerjasama bagi membangunkan negeri masing-masing terutama dalam industri kreatif dan keusahawanan, khususnya melibatkan anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor ke Pejabat Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sarawak dan Selangor terus memperkukuh hubungan kerjasama sektor tersebut menerusi lawatan kerja delegasi Kerajaan Negeri Selangor ke Sarawak selama tiga hari.

Rombongan diketuai Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Muhammad Najwan Halimi bertujuan meninjau dan mempelajari pendekatan pembangunan sektor ekonomi kreatif yang dilaksanakan di Sarawak.

Muhammad Najwan berkata, pemilihan Sarawak sebagai lokasi lawatan kerja kali ini susulan kejayaan negeri ini dalam merancang dan membangunkan ekosistem industri kreatif yang mapan serta berdaya saing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke