ARTIKEL

Abang Johari ketika menerima taklimat mengenai projek. FOTO UKAS.

Sarikei berpotensi hasilkan produk hiliran berasaskan buluh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) diminta mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk penanaman buluh, termasuk di sepanjang laluan Sarikei-Tanjung Manis, dalam usaha meneroka potensi baharu industri hiliran berasaskan komoditi itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata langkah tersebut penting kerana penanaman buluh berpotensi mewujudkan kanopi semula jadi yang boleh diperluaskan di sepanjang jalan raya, termasuk kawasan bandar.

Abang Johari ketika sidang media sempena lawatan ke Tapak Projek Jalan Pintasan (bypass road) Sarikei, di sini, hari ini. FOTO UKAS.

“Sarikei ini kita telah hubungkan dengan Tanjung Manis dan saya akan meminta PUSAKA untuk mengenal pasti kawasan bagi penanaman buluh.

“Ini kerana buluh tumbuh sendiri dan kita berasa ia dapat membentuk kanopi buluh yang boleh kita tanam di kawasan seperti jalan raya termasuk di bandar,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke Tapak Projek Jalan Pintasan (bypass road) Sarikei, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kebimbangan terhadap kewujudan ular di kawasan tanaman buluh sebelum ini hanya satu stigma yang tidak seharusnya menghalang usaha penanaman pokok tersebut.

Katanya, teknologi kini membolehkan penggunaan bahan kimia untuk menjauhkan ular daripada kawasan tanaman buluh.

“Dahulu kita takut menanam buluh kerana banyak ular.

“Kalau ada buluh, ada ular.

“Itu hanya stigma kerana buluh boleh dikawal dengan bahan kimia yang menjauhkan ular daripada buluh.

“Kini kita sudah mempunyai teknologi, tiada lagi yang perlu ditakutkan kerana ular kini juga takut dengan buluh.

“Keadaan juga sudah berbeza,” ujarnya.

Beliau memaklumkan laluan Sarikei-Tanjung Manis dilihat sesuai untuk ditanam buluh, selain komoditi itu mempunyai sifat semula jadi yang membolehkannya tumbuh semula selepas dipotong.

Menurutnya, hasil buluh juga boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan penyepit makanan atau chopstick, sekali gus membuka peluang kepada pembangunan industri ringan dan aktiviti hiliran.

“Ini industri ringan.

“Kita boleh menghasilkan produk hiliran daripada buluh.

“Justeru, kita mesti kreatif.

“Dengan itu, mungkin Sarikei tidak lagi dikenali dengan nanas sahaja, tetapi juga dengan chopstick,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha