ARTIKEL

Sarikei kembali ke status hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daerah Sarikei kembali ke status hijau daripada status kuning setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan sejumlah 2170 kes jangkitan tempatan dilaporkan di dua belas buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Lundu juga kekal berstatus jingga dengan 28 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Sri Aman, Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, dan Meradong kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 98 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian pandemik Covid-19 di sini semalam.

Tambahnya, 12 daerah lain kekal berstatus hijau.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media harian Covid-19 di Kuching semalam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha