ARTIKEL

Sasar jadi universiti terkenal global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Sarawak berhasrat untuk menjadi universiti terkenal di peringkat global.

Rektor UiTM Sarawak Prof Datuk Dr Jamil Hamali berkata, kecemerlangan dalam pendidikan dan penyelidikan adalah fokus utama UiTM Sarawak dan universiti itu komited untuk berada di barisan hadapan dalam pendidikan dan penyelidikan yang inovatif.

Katanya, universiti itu berusaha melahirkan siswazah yang bukan sahaja memiliki pengetahuan tetapi juga kemahiran insaniah serta boleh menyumbang secara positif kepada industri dan masyarakat.

“Ini bermakna universiti berhasrat untuk diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk program akademik, sumbangan penyelidikan dan kerjasamanya.

“Banyak universiti di seluruh dunia termasuk UiTM lebih menitikberatkan kelestarian, sama ada dari segi kelestarian alam sekitar atau memastikan institusi kekal relevan dan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan global,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 UiTM Sarawak yang dirasmikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini, malam kelmarin.

Tambahnya, sejak 2020 hingga kini, UiTM Sarawak telah menandatangani 46 memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) dengan rakan industri serta universiti dan kolej dalam dan luar negara.

“Tahun ini, sebanyak 18 MoU, MoA dan LoI (Letter of Intent) ditandatangani dengan 11 universiti dan kolej di Indonesia, dua di Amerika Syarikat, dan masing-masing satu di Itali, Austria, Singapura dan China,” katanya.

Dr Jamil berkata, UiTM Cawangan Sarawak berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai antara universiti terkemuka di Sarawak dan menjadi pilihan utama pelajar dari seluruh Malaysia.

Tambahnya, universiti itu kini mempunyai 8,932 pelajar terdiri daripada 5,617 pelajar diploma, 2,882 pelajar sarjana muda dan 175 pelajar pascasiswazah.

Sepanjang 50 tahun kewujudannya, beliau menambah, universiti itu mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang dan melahirkan ramai siswazah yang berjaya, dengan bilangan alumni berdaftar seramai 37,761 individu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha