ARTIKEL

TUNJUK...Khirudin (depan) menjelaskan tentang program kepada Datuk Amar Dr Sim GAMBAR: ALIF NONI

Sasar sifar kebakaran pada hari raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Datuk Khirudin Drahman @ Hussaini, berharap Sarawak tidak merekodkan sebarang insiden kebakaran menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Tegasnya, usaha memastikan masyarakat tidak leka pihaknya saban tahun telah melaksanakan kempen kesedaran dengan menekankan aspek sindrom 3L iaitu “Lupa, Leka, dan Lalai”.

“Kita nak mengubah persepsi dan juga pandangan masyarakat bahawa melihat ini (kebakaran) bukan melihat kepada bomba, kerajaan tapi yang penting adalah tindakan kita.

“Kalau tindakan kita betul maka kita menyelamatkan diri, kalau salah kita meletakkan nyawa, diri, harta benda, jiran, anak, dalam keadaan tidak selamat.

“Dengan adanya kempen ini, kita harap tahun ini dapat mengurangkan kebakaran dan pertama kali sebagai ‘zero fire’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis pelancaran kempen keselamatan kebakaran musim perayaan Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan kelekaan masyarakat terhadap insiden kebakaran akan mula selepas Hari Raya Kedua iaitu hari ketiga dan keempat sambutan perayaan.

Untuk itu tegasnya, masyarakat perlu menyedari bahawa langkah-langkah dalam mengawal api itu adalah sangat penting.

“Api tidak pernah memilih mangsa, api tidak pernah ada temu janji, api tidak pernah dijemput dan api tidak pernah cuti, jadi kita kena beri perhatian bahawa kita perlu mengawal api.

Sementara itu, Khirudin mengesahkan setakat tiga bulan pertama tahun ini menyaksikan kes kebakaran hutan antara yang tertinggi berlaku di Sarawak.

“Keadaan sekarang baik. Dua hari lepas dapat 0 catitan, semalam (Rabu) ada tiga dan kita harap masyarakat mula sedar bahawa kebakaran berpunca daripada kelalaian mereka,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat pertambahan titik panas “hotspot” bagi kes kebakaran hutan, Khirudin mendedahkan kesemua kawasan berisiko telah dikawal selia dengan lebih awal serta dibuat rondaan malam untuk memastikan tiada sebarang insiden berkaitan kebakaran berlaku.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah