ARTIKEL

Satu daripada empat pekerjaan global terancam akibat kecerdasan buatan generatif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Sebanyak 25 peratus pekerjaan di seluruh dunia berpotensi terdedah kepada ancaman kecerdasan buatan generatif (GenAI), dengan pekerjaan perkeranian dan yang melibatkan bidang digital menghadapi risiko tertinggi, menurut laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Institut Penyelidikan Kebangsaan Poland (NASK) pada Selasa.

Laporan bertajuk “Generative AI and Jobs: A Refined Global Index of Occupational Exposure” itu dianggap penyelidik sebagai penilaian global paling terperinci setakat ini mengenai bagaimana GenAI mungkin membentuk semula pasaran buruh, lapor Anadolu Ajansi.

Namun kajian itu menekankan bahawa transformasi pekerjaan dan bukannya penggantian secara besar-besaran lebih berkemungkinan berlaku hasil integrasi AI di tempat kerja.

“Kami melangkaui teori dengan membina alat berasaskan pekerjaan sebenar,” kata Penyelidik Kanan ILO merangkap pengarang utama laporan itu, Pawel Gmyrek.

“Dengan menggabungkan pandangan manusia, semakan pakar dan model GenAI, kami telah mencipta kaedah yang boleh diguna pakai semula bagi membantu negara menilai risiko dan bertindak balas dengan tepat.”

Menurut kajian itu, kadar pendedahan global kepada GenAI adalah sebanyak 25 peratus, namun meningkat kepada 34 peratus di negara berpendapatan tinggi susulan integrasi digital yang lebih meluas.

Pekerjaan perkeranian menghadapi risiko tertinggi kerana GenAI secara teorinya boleh mengautomasikan pelbagai tugas pentadbiran dan kemasukan data. Pekerjaan lain yang turut terdedah ialah bidang kognitif seperti media, pembangunan perisian dan kewangan.

Laporan itu turut memperkenalkan “indeks pendedahan pekerjaan” berdasarkan hampir 30,000 tugas pekerjaan, yang disemak silang menggunakan “skor AI”, pengesahan pakar dan data pekerjaan ILO untuk membolehkan analisis lebih terperinci mengenai kesan teknologi itu mengikut negara dan sektor.

Dapatan juga menunjukkan jurang jantina yang ketara. Di negara berpendapatan tinggi, 9.6 peratus wanita bekerja dalam pekerjaan yang berisiko tinggi untuk diautomasikan, berbanding hanya 3.5 peratus lelaki.

Walaupun mengakui bahawa GenAI boleh meningkatkan produktiviti, laporan itu mengingatkan bahawa kesannya akan bergantung kepada kadar penerimaan, infrastruktur negara dan tahap kemahiran digital pekerja.

Laporan itu menggesa kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja untuk terlibat dalam dialog sosial serta merangka dasar bagi melindungi pekerja, menggalakkan peningkatan kemahiran dan memastikan peralihan adil dalam sektor yang terdedah kepada GenAI.

Kajian itu selari dengan penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 2024 yang menjangkakan AI boleh mempengaruhi sehingga 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia, dengan ekonomi maju paling terkesan.
— BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan