ARTIKEL

Satu kes positif Covid-19, Serian bertukar status kuning

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak hari ini kembali mencatatkan satu kes baharu positif Covid-19 jangkitan tempatan di Daerah Serian menjadikan keseluruhan 1,066 kes positif di negeri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, hari ini Daerah Serian bertukar status hijau kepada kuning berikutan kes baharu tersebut.

“Kes merupakan lelaki warganegara Indonesia yang membuat saringan rT-PCR Covid-19 pada 2 Disember sebelum masuk kerja kerana bertukar majikan dan tempat bekerja.

“Kes bekerja sebagai pekerja am di sebuah ladang kelapa sawit di Serian dan telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut,” kata JPBNS dalam kenyataan, hari ini.

JPBNS menyatakan berdasarkan siasatan awal, kes pernah balik ke Kalimantan, Indonesia dan masuk semula ke Sarawak pada awal bulan Oktober lalu dan tidak mempunyai sejarah saringan Covid-19.

“Kes ini masih dalam siasatan lanjut dan pengesanan kontak sedang giat dijalankan.

“Sehingga siasatan lengkap diperolehi, ia dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan berdasarkan sejarah kemasukan ke Sarawak iaitu melebihi tempoh sebulan,” ujar kenyataan itu.

Tambah JPBNS, Daerah Kuching dan Miri kekal berstatus kuning dengan keseluruhan empat kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas, manakala 37 buah daerah lain kekal berstatus hijau.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha