ARTIKEL

Satu kluster baharu di Sri Aman diisytiharkan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS)  mengisytiharkan satu lagi kluster baharu di Sarawak iaitu Kluster Taman Vistagro, Sri Aman, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kluster itu merupakan kluster komuniti yang telah dikesan di kawasan perumahan di Taman Vistagro di bandar Sri Aman. 

“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes positif ke-14,911 yang merupakan seorang lelaki rakyat Sarawak berumur 62 tahun.

“Kes dikesan melalui saringan individu bergejala di klinik swasta dan didapati positif ujian saringan RTK Antigen di klinik swasta pada 23 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah, kes kemudian dimasukkan ke PKRC Sri Aman dan telah menjalani saringan pengesahan menggunakan rT-PCR. 

“Kes indeks ini didapati positif Covid-19 pada 25 Mac lalu dan berkemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti semasa melakukan pergerakan rentas zon iaitu beliau kerap melakukan perjalanan ke daerah Kuching,” jelasnya.

BERITA LAIN

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika

BERITA TERBARU