ARTIKEL

‘Satu pengalaman baharu bagi pemain muda kita’ – Muhtalip

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemain muda bawah 12 tahun Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA) memperoleh pengalaman cukup berharga menerusi penampilan dalam Liga Bola Sepak Remaja Petronas 2026.

SYFA diundi dalam Kumpulan A bersama tujuh lagi pasukan yang mewakili pelbagai kelab handalan.

Pasukan itu beraksi tanpa sebarang sasaran pada penampilan sulung liga berprestij berkenaan dan menamatkan saingan di kedudukan ke-7 dengan mengumpul 2 mata selepas mencatat dua keputusan dan lima kekalahan.

“Satu pengalaman baharu bagi pemain muda kita (SYFA B-12) di sebalik penampilan mereka dalam kejohanan ini.

“Memang tiada sasaran diletakkan kepada pemain, mengambil kira pasukan yang turut serta hebat-hebat belaka,” ujar pengurus pasukan Abdul Muhtalip Tegak kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau mengakui pemainnya memberikan yang terbaik sepanjang saingan itu.

Muhtalip menegaskan, pihaknya percaya pemain memperoleh pengalaman dan ilmu yang amat berharga.

“Diharap segala apa yang diperoleh mereka dapat mematangkan mereka.

“Dengan kata lain, dapat meningkatkan mutu permainan diri. Sekali gus, dapat diterjemahkan ke pentas saingan lebih berprestij selepas ini,” kata Muhtalip.

BERITA LAIN

Membaca semula kehidupan

SETELAH belasan memblarkan buku menghuni rak di rumah saya, mengikut aturan yang semakin saya sendiri kurang fahami dan mengerti, akhimya saya mengeluarkan semuanya untuk disusun

BERITA TERBARU

Hydra FT cipta kejutan, raih tempat ketiga

KUCHING: Hydra FT, satu-satunya wakil dari kawasan Serembu, Bau, menamatkan cabaran Kejohanan Futsal Terbuka Piala Datuk Mohamad Razi Edisi Kelapan 2026 di tempat ketiga di