»Majlis Perasmian Pameran Setem Burmindo 2023 diadakan di Pejabat Pos Pusat Kota Pontianak anjuran Perkumpulan Filateli Kalimantan Barat, Indonesia pada 20 hingga 23 September lalu.
Pengerusi Kelab Setem Persaudaraan MBHT, Mohamad Hashim Osman berkata, objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan antara tiga negara — Brunei, Indonesia dan Malaysia dalam bidang fi lateli.
Bermula tahun ini, katanya Perkumpulan Filateli Brone mengadakan pameran setem ini secara bergilir-gilir setiap tahun.
“Majlis tersebut dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Ketua Perkumpulan Filateli Indonesia Kalimantan Barat merangkap Naib Presiden Il Perkumpulan Filateli Borneo, Bapak Ibrahim Chandra. Seterusnya, majlis dirasmikan Setiausaha Dinas Perpustakaan dan Kearisipan Kota Pontianak mewakili Walikota Kota Pontianak, Ibu Nurul Liasan.
“Pihak penganjur juga menjemput ramai pelajar sekolah di sekitar kota Pontianak untuk ikut hadir ke pameran tersebut sambil mengikuti seminar tentang setem,” ujarnya.
Menurut Hashim yang juga Timbalan Presiden 1 Perkumpulan Filateli Bomeo, sudut jualan setem, kad pos dan artifak setem lain yang dibawa khas dari Kuching mendapat sambutan luar biasa.
“Sejarah baharu terukir, apabila sebuah pojok digelar ‘Pojok Setem Perkumpulan Filateli Bomeo’ dirasmikan Ketua Pejabat Pos Kota Pontianak di Universiti Widya Dharma Pontianak, Bapak Muhammad Subhan.
“Universiti tersebut merupakan satu-satunya Universiti di Indonesia yang menonjolkan setem sebagai wadah untuk dikongsi dengan masyarakat umum,” katanya.
PROGRAM TAHUNAN
Selain itu, ujarnya Perkumpulan Filateli Bomeo yang dianggotai Brunei Darussalam, Sarawak dan Indonesia mengadakan masyuaratnya bersempena pameran Setem Burmindo.
Dalam masyuarat tersebut, Dr. Bakar Berudin dari Persatuan Philatelic Kebangsaan Negara Brunei Darussalam merangkap Presiden Perkumpulan Filateli Borneo bersetuju menjadi tuan rumah pada 2024 di Brunei dan di Kuching pada 2025. Pameran di Brunei dijangka berlansung pada Julai 2024 bersempena Hari Keputeraan Sultan Brunei.
Bagaimanmapun, jelasnya mesyuarat merangka persiapan rangka kerja diadakan di Kuching dan dihoskan oleh Kelab Setem Persaudaraan MBHT yang bergabung dengan Perkumpulan Perkumpulan Filatelik Bomeo pada tarikh yang ditetapkan kemudian.
Pada hari terakhir pameran tersebut, Hashim memberitahu Kelab tersebut berkesempatan menyantuni 50 anak yatim dan Panti Asuhan al-Amin dengan kerjasama Perkumpulan Filateli dari Brunei dan Indonesia.
“Selain menghadiah kain pelikat, batik dan wang saku, anak yatim tersebut juga diajak ikut serta dalam pelbagai permainan yang menawarkan hadiah,” kata Hashim. Perasmian majlis penutupan Pameran Prangko Burmindo 2023 disempurnakan oleh Ketua Pejabat Pos Kota Pontianak, Muhammad Subhan.
“Muhammad Subhan menzahirkan rasa gembira kerana dapat melihat pelbagai kegiatan yang diadakan oleh jawatankuasa pameran di ruang legar pejabatnya dan dapat mengumpul pelajar sekolah dan orang awam untuk datang ke pameran tersebut,” ujar Hashim lagi.
SOKONGAN
Dalam pada itu, pihak Pos Kota Pontianak sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada kumpulan fi lateli tersebut untuk memajukan lagi aktiviti mereka pada masa akan datang.
Pada hari yang sama, ahli Perkumpulan Filatelik Bomeo dan tetamu dari Jakarta dan Jokja di jemput untuk hadir ke Perasmian Perkumpulan Filateli Bomeo Comer di Universiti Widaya Dharma Kota Pontianak.
Sebagai tanda kenangan, Kelab Setem Persaudaraan MBHT menghadiahkan sampul surat hari pertama Malaysia, sebuah Buku Kemasan Setem 12 Lambang Shio atau Chinese Zodiac Signs dan buku Sampul Surat Hari Pertama Joint Stamp Issue Indonesia – China untuk pameran.
Acara tersebut katanya, tidak hanya mendapat sambutan meriah daripada para pelajar, malah orang awam turut hadir melibatkan diri.
Pada masa yang sama, Hashim turut menyampai cenderahati kepada Muhammad Burhan dan Ketua Perkumpulan Filatelik Indonesia Cabang Kota Pontianak, Ibrahim Chandra.



