ARTIKEL

Saudi Aramco perluas kemudahan di Pengerang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RIYADH: Saudi Aramco komited untuk memperluaskan kemudahannnya di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia dan gas supaya ia menjadi hab terbesar di Asia Tenggara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri memaklumkan, perkara itu telah dinyatakan oleh kepimpinan syarikat minyak dan gas terbesar dunia itu pada sesi perbincangan bersamanya di Hotel Ritz-Carlton, di sini semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut bertemu Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr Majid Abdullah Alkassabi dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin H Nasser untuk berbincang lebih lanjut mengenai rancangan pelaburan syarikat itu.

Sebelum ini, Saudi Aramco telah menyuarakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab perkembangan minyak dan gas Arab Saudi di rantau Asia Tenggara.

Pada 2017, syarikat minyak dan gas nasional Arab Saudi itu telah menjalin pelaburan bersama dengan Petronas di Pengerang.

Fortune Global 500 pada 2021 menyenaraikan Saudi Aramco di tempat keenam teratas sebagai syarikat paling untung di dunia, dengan perolehan berjumlah AS$105 bilion.

Selain itu, Anwar berkata, beliau menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir ALRumayyan yang membincangkan prospek kerjasama dalam bidang pelaburan.

Katanya, PIF yang peranannya sama seperti Khazanah Nasional di Malaysia, bersetuju mengadakan kerjasama dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Ini selaras dengan usaha untuk meningkatkan pelaburan bersama, bukan sahaja di Arab Saudi, malah di Malaysia.

Buat permulaan, ada hasrat untuk bekerjasama dengan melakukannya di Iraq dan benua Afrika,” kata beliau.

Perdana Menteri turut berkongsi perkembangan lain yang melibatkan beberapa syarikat Malaysia dalam projekprojek besar di Arab Saudi, termasuk pembinaan infrastruktur bagi projek NEOM.

Projek mewah Arab Saudi itu yang bernilai AS$500 bilion (RM2.24 trilion), mencatat rekod tersendiri apabila bakal menempatkan pencakar langit sepanjang 120 kilometer dikenali sebagai ‘Mirror Line’ dan memberi kehidupan bandar menakjubkan pada masa hadapan.

Anwar berkata, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Indutri dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia juga telah diarah untuk membantu aspek menyelaraskan usaha bagi meningkatkan pelaburan negara. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.