ARTIKEL

“Saya calon paling layak bertanding jawatan presiden” –Biden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Khamis berkata beliau layak bertanding jawatan presiden dalam pilihan raya November ini, meskipun terdapat desakan agar beliau menarik balik pencalonannya, lapor Agensi Anadolu.
“Saya fikir saya paling layak untuk bertanding jawatan presiden. Saya pernah kalahkan beliau (Donald Trump) dan saya akan menewaskannya sekali lagi,” kata Biden semasa sidang media pada akhir sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Pada 2020, Biden menewaskan calon Republikan Donald Trump yang ketika ini sudah pun mengumumkan hasratnya untuk kembali menerajui Rumah Putih.
“Saya tidak bertanding untuk meneruskan legasi. Saya bertanding untuk menyelesaikan tugas yang saya mulakan.
“Kita telah membuat begitu banyak kemajuan. Fikirkanlah.
“Saya optimis mengenai arah tuju perkara ini,” katanya.
Biden membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap desakan yang semakin meningkat, menggesa beliau menarik diri daripada pilihan raya Presiden 2024.
Pemimpin itu juga menyebut bahawa sekutu AS di sidang kemuncak NATO menggalakkan beliau untuk bertanding semula jawatan presiden.
Biden ketika ini merupakan presiden paling tua dalam sejarah dan akan berusia 86 tahun apabila penggal keduanya tamat.
– Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil