Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Saya kurang sihat, tiada peruntukan – Mordi Bimol

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Mordi ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Dewan Suarah Bau, di sini hari ini.
Mordi ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Dewan Suarah Bau, di sini hari ini.

BAU: Tempoh berkempen dua minggu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini akan digunakan sepenuhnya oleh penyandang Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol untuk menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat, berhubung prestasinya yang hambar dalam sepanjang tempoh sepenggal bergelar wakil rakyat di konstituensi itu.

Menurut calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu, sebaik sahaja memenangi kerusi majoriti Bidayuh berkenaan pada PRU-14, beliau kemudian berdepan dugaan besar apabila jatuh sakit dalam tempoh yang agak lama selain menghadapi kekangan dari segi peruntukan ekoran kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan memerintah.

“Saya akan memberitahu kebenaran, menjelaskan kepada mereka (rakyat) apa yang berlaku kepada saya sebelum ini.

“Pertama, saya kurang sihat dan kedua, apabila PH tumbang, saya tiada peruntukan.

“Masalah banyak pada peruntukan tetapi apabila sudah ada peruntukan, semuanya OK, tiada masalah,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Dewan Suarah Bau, di sini hari ini.

Selain itu, Mordi, 37, yang berasal dari Kampung Suba Bandar berkata fokus kempennya juga akan sama seperti PRU-14.

“Saya akan pergi ke kampung-kampung, mengadakan tiga ceramah dalam satu malam dan mengagihkan risalah,” katanya.

Sementara, beliau berkata tiada masalah berdepan tentangan daripada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) sekali gus menyaksikan pertandingan tiga penjuru di konstituensi berkenaan.

Bagaimanapun, Mordi berkata hanya mengenali calon GPS iaitu Lidang Disen dan pertama kali melihat calon PBK, Sim Min Leong namun menyifatkannya sebagai seseorang yang baik.

Parlimen Mas Gading yang merupakan kawasan majoriti Bidayuh mempunyai seramai 47,171 orang pengundi.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News