Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Sayangi buah pinggang anda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Bilangan kes kegagalan buah pinggang yang dilaporkan di Malaysia setiap tahun antara 7,000 sehingga 8,000 kes.

Menteri Kebajikan, Kesejah- teraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, malah setakat Januari 2019 seramai 40,000 pesakit sedang menerima rawatan dialisis.

“Kegagalan fungsi buah pinggang salah satu jenis penyakit membebankan pesakit terutama golongan berpendapatan rendah.

“Antara punca kegagalan buah pinggang adalah penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penututupan Bengkel Cadangan Pemberian Skim Bantuan bagi pesakit buah pinggang di Sarawak diadakan di Kuching, semalam.

Fatimah menjelaskan, kegagalan fungsi buah pinggang salah satu jenis penyakit yang mampu membebankan pesakit, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah.

“Antara punca kegagalan buah pinggang adalah daripada penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.

“Tambahan pula, hasil dapatan kini ada menyatakan bahawa lebihan berat badan atau obesiti merupakan salah satu punca utama penyakit ini,” jelasnya.

Jururawat Hospital Umum Sarawak Hamini Magimin berkata, harga rawatan dialisis bergantung kepada tempat rawatan sama ada di hospital kerajaan atau hospital swasta.

Namun, terdapat juga pesakit yang menerima bantuan kebajikan untuk menjalani rawatan.

“Setiap pesakit menerima rawatan dialisis akan menjalani tiga sesi rawatan untuk setiap minggu.

“Hari untuk menerima sesi lawatan juga berdasarkan kumpulan yang diberi. Sebagai contoh, kumpulan pertama akan menerima rawatan pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

“Manakala kumpulan kedua akan menerima rawatan pada Selasa, Khamis dan Sabtu. Ini bagi memudahkan pesakit menerima sepenuh perhatian ketika menjalani rawatan,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru