ARTIKEL

SAZALI SAMAD

Sazali Samad harap sukan bina badan dipertandingkan semula dalam SUKMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Jaguh bina badan negara Sazali Samad mengharapkan sukan bina badan dipertandingkan semula pada SUKMA edisi akan datang.

Menurutnya, sukan bina badan pada SUKMA diadakan kali terakhir di Kuala Lumpur sekitar 2013/2014.

“Ya memang lama tidak dipertandingkan, tetapi jika diadakan semula pada SUKMA edisi akan datang ia sesuatu yang baik.

“Ini memandangkan SUKMA platform tepat mencungkil bakat muda, seterusnya melahirkan jaguh bina badan yang mampu membawa nama negara ke persada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui Suara Sarawak ketika menyaksikan acara angkat berat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, semalam.

Beliau katanya ingin melihat ramai pelapis muda sukan bina badan dapat dilahirkan.

“Sebagai orang yang bergelumang dalam sukan bina badan yang melakar nama di peringkat antarabangsa, saya fikir apabila SUKMA dapat menganjurkannya semula, akan menaikkan lagi martabat sukan bina badan.

“Saya sendiri sanggup turun padang, saya nak tengok sendiri.

“Kerana, saya nak tengok ada pelapis pada masa akan datang,” ujarnya.

SUKMA kali ini menyaksikan bina badan, ekuestrian dan kanu tidak ipertandingkan.

Beliau yang pertama kali datang ke Betong, hadir memberi semangat kepada anak perempuannya Nur Sabrina Hani yang mewakili Selangor dalam kategori angkat berat 55 kg.

“Walaupun dia hanya mendapat nombor empat, saya dan keluarga tetap bangga kerana ini penampilan pertamanya dalam SUKMA.

“Sebagai bapa, saya sangat menyokong minatnya untuk berjaya dalam sukan angkat berat pada suatu hari kelak,” tambahnya.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha