ARTIKEL

SBA rujuk Pesuruhjaya Sukan Sarawak, KBS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Badminton Sarawak (SBA) akan berpandukan arahan Pesuruhjaya Sukan Sarawak dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) berikutan isu yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli dan masyarakat umum.

Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Datuk Husain yang menerajui SBA hampir 15 tahun mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan perkara berkepentingan awam dalam badan induk berkenaan.

“Kenyataan ini bertujuan untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul tentang Semakan Kehakiman bertarikh 17 Mei 2024 berkaitan pemegang jawatan rasmi dalam SBA,” katanya.

Menurutnya, Semakan Kehakiman itu bertentangan dengan keputusan Pesuruhjaya Sukan Wilayah Sarawak dan Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Malaysia dalam memperakui jawatankuasa semasa SBA di bawahnya sebagai Presiden SBA, bersama-sama jawatankuasa yang dipilih dan dilantik.

“Pesuruhjaya Sukan Wilayah Sarawak bersama-sama Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Malaysia, melalui Jabatan Peguam Negara Malaysia Sarawak (AGC), memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 13 Jun lalu pada keputusan di atas yang dibuat oleh Semakan Kehakiman,” tambahnya.

Tambah, Abdul Aziz, beliau dan jawatankuasa di bawah tadbir urus Pesuruhjaya Sukan Wilayah Sarawak akan menghormati keputusan rasmi (muktamad) pejabat Pesuruhjaya Sukan tersebut.

“Sebelum menerima sebarang makluman rasmi daripada Pesuruhjaya Sukan, kami akan terus menjalankan SBA demi kepentingan pembangunan sukan badminton di Sarawak”.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU