ARTIKEL

SCIB raih kontrak RM16.8 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) menerusi anak syarikat milik penuh syarikat SCIB Industrialized Building System Sdn. Bhd. (SIBS) telah menerima Surat Anugerah dan Penerimaan (LOA) untuk kerja kontrak daripada S & I Urban Designers Sdn. Bhd. bernilai RM16.8 juta.

Kontrak tersebut melibatkan pembekalan dan penghantaran komponen pratuang untuk apron dan laluan teksi Projek Pembinaan Pangkalan Pasukan Gerakan Udara PDRM Sarawak.

Projek ini juga merangkumi elemen reka bentuk dan pembinaan, dijadualkan berlangsung selama 10 bulan iaitu dari 5 Disember ini hingga 4 Oktober tahun hadapan.

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Ku Chong Hong berkata, ia merupakan semangat tentang usaha baharu yang mana kontrak tersebut juga adalah bukti keupayaan SCIB dan komitmen untuk menyampaikan penyelesaian bangunan yang berkualiti tinggi serta cekap.

“Kepakaran SCIB dalam sistem bangunan berindustri meletakkan kami secara unik untuk menyumbang secara signifikan kepada projek berprestij ini.

“Kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan S & I Urban Designers Sdn. Bhd. dan yakin perkongsian ini akan membuahkan hasil yang cemerlang, seterusnya meningkatkan reputasi kami dalam industri,” katanya menerusi kenyataan, 4 Disember lalu.

Tambanya, projek itu mewakili langkah penting untuk SCIB dalam mengembangkan portfolio syarikat menerusi sektor pembinaan serta kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC). “Ia sekali gus menunjukkan keupayaan untuk mendapatkan dan menyampaikan projek berskala besar dan bernilai tinggi,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk