ARTIKEL

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini melancarkan Sarawak Command Net (SCNet), satu inisiatif yang akan mengubah cara komunikasi antara agensi keselamatan di wilayah ini. | Foto Nadim Bokhari (TVS)

SCNet: Memperkasa penguatkuasaan undang-undang di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan Sarawak Command Net (SCNet), sebuah inisiatif teknologi yang dijangka mempertingkatkan komunikasi antara agensi keselamatan di wilayah ini.

Beliau berkata SCNet bakal menjadi alat penting dalam meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang di seluruh negeri, sekaligus memudahkan pertukaran maklumat secara lebih efisien.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) di atas beberapa kejayaan yang telah disebutkan oleh Datu Dr Chai Kin Chung (Pengarah UKPS).

“Malam ini pula kita ada satu pembaikan dalam operasi UKPS, iaitu kita melancarkan Sarawak Command Net,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Sarawak Command Net bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun UKPS Ke-8, di sini, malam tadi.

Jelasnya lagi, pelaksanaan SCNet adalah langkah penting dalam menghadapi cabaran era digital dengan menggunakan teknologi canggih bagi mempermudah penyampaian maklumat antara agensi penguatkuasaan.

Dalam pada itu, Abang Johari turut memuji kejayaan UKPS yang telah mencapai 100 peratus sabitan dalam penyiasatan kes yang mencerminkan komitmen dan ketelitian pasukan dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang dengan penuh profesionalisme.

“Ini adalah pencapaian yang baik kerana kadangkala, jika bukti yang kita ada tidak mencukupi, kita akan kalah di peringkat mahkamah. Sekiranya kita kalah, mereka (pesalah) mungkin akan mengulangi perbuatan yang sama seperti menceroboh, mencuri dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau menambah UKPS memainkan peranan kritikal dalam menangani isu keselamatan seperti penyeludupan dan kecurian, terutama di kawasan pedalaman yang sukar diakses. – TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha