ARTIKEL

Poster… Poster Bengkel Kemas Kini dan Pematuhan SST 2026 anjuran SCOPE yang dijadual berlangsung pada 23 April ini di Kuching.

SCOPE anjur bengkel kemas kini dan pematuhan SST 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) akan menganjurkan Bengkel Kemas Kini dan Pematuhan SST 2026 atau SST 2026 Updates and Compliance Workshop pada 23 April depan bagi membantu perniagaan mengikuti perkembangan terkini berkaitan Cukai Perkhidmatan di Malaysia.

SCOPE menerusi kenyataan berkata penganjuran bengkel itu bertujuan memberi pemahaman praktikal kepada peserta mengenai perubahan dasar serta keperluan pematuhan susulan peluasan skop Cukai Perkhidmatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, sejak pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September 2018, beberapa semakan dan kemas kini telah diperkenalkan sekali gus menuntut perniagaan sentiasa peka bagi mengelakkan risiko dikenakan denda serta penalti.

“Menerusi bengkel ini, peserta akan didedahkan kepada perkembangan terkini berkaitan Cukai Perkhidmatan termasuk perkhidmatan baharu yang dikenakan cukai, pengecualian yang tersedia, keperluan pematuhan serta tafsiran dasar terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Program ini turut menekankan pendekatan penguatkuasaan oleh JKDM serta memberi panduan kepada perniagaan yang berdaftar dan tidak berdaftar mengenai cara memantau aktiviti bercukai serta membuat persediaan untuk pendaftaran Cukai Perkhidmatan sekiranya berkenaan,” katanya hari ini.

Menurut SCOPE, bengkel tersebut juga direka bagi menyokong komuniti perniagaan, profesional kewangan dan pengamal percukaian dalam menyesuaikan diri dengan perubahan landskap SST serta memperkukuh amalan pematuhan mereka.

“Seiring usaha Sarawak memperkukuh ekosistem perniagaan dan menyokong pertumbuhan perusahaan, inisiatif seperti bengkel ini memainkan peranan penting dalam memastikan syarikat sentiasa mendapat maklumat terkini serta mematuhi peraturan percukaian negara.

“SCOPE juga akan terus komited menyediakan program pembangunan kapasiti dan inisiatif pembangunan profesional yang menyokong sektor awam dan swasta di Sarawak,” ujarnya.

Bengkel tersebut akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang di Bilik Latihan SCOPE di sini.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://forms.office.com/r/reaBHrfLKG dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Puan Husna di husna@scopetraining.com.my atau talian 082-231230.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU