ARTIKEL

SDNU harus mampu berdiri di kaki sendiri — Mawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) harus mengenepikan fahaman politik yang berbeza demi kelangsungan organisasi itu.

Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, SDNU merupakan sebuah organisasi yang memfokus kepada pembangunan masyarakat Dayak bukannya sebuah parti politik.

“Ahli-ahli SDNU harus mengenepikan perbezaan fahaman politik kerana tujuan kita dengan parti politik adalah tidak sama.

“Namun, yang jelasnya kita menyokong kerajaan terkini memerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perasmian Mesyuarat Tri Tahunan (TGM) dan Ulang Tahun Ke-63 SDNU yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, malam kelmarin.

Menurut Mawan lagi, peranan SDNU harus diperkasakan secara mendalam sebagai usaha menarik penyertaan daripada golongan belia.

“Kita perlu bergerak secara produktif untuk menarik penyertaan generasi muda melalui penganjuran beberapa aktiviti seperti bengkel, simposium dan sebagainya.

“Ini kerana ahli-ahli sendiri merupakan barisan kepimpinan utama dalam memastikan SDNU kekal relevan,” jelasnya.
Dalam pada itu, William Mawan mengkehendaki SDNU mampu berdikari dari segi pengukuhan kewangannya.

“Saya tahu Ketua Menteri seorang yang baik hati dalam menyalurkan dana namun harus berapa lama kita seperti itu.

“Sampai bila kita harus mengemis,” ujarnya sambil berharap SDNU mampu berdiri di kaki sendiri selepas ini.

BERITA LAIN

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

BERITA TERBARU