ARTIKEL

Dr. Cassidy, Hing Seng, Wilfred dan tetamu yang lain merakamkan gambar kenangan sempena pembukaan jalan baharu tersebut.

Sebahagian Jalan Akses Selatan KIA dibuka kepada pengguna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebahagian Jalan Akses Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) sepanjang 8.9 kilometer dibuka kepada pengguna bermula hari ini, sekali gus menjadi laluan alternatif penting bagi mengurangkan kesesakan trafik di sekitar Kuching dan Samarahan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr. Cassidy Morris berkata, jalan gred U5 itu mampu memendekkan masa perjalanan selain membantu melancarkan aliran trafik dari kawasan Samarahan, Kuching, Serian hingga ke Asajaya.

“Projek ini amat signifikan kerana ia memberikan pilihan laluan tambahan bagi pengguna, terutama di kawasan Kuching-Samarahan yang sering mengalami kesesakan.

“Dengan adanya jalan ini, kita percaya ia dapat memecahkan aliran trafik yang selama ini bertumpu di laluan utama,” katanya pada majlis pembukaan awal jalan berkenaan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menasihati pengguna agar memandu dengan berhati-hati memandangkan jalan masih baharu serta beberapa kerja-kerja pelengkap seperti pemasangan lampu jalan dan papan tanda masih dijalankan.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah