KUCHING: Sebanyak RM84.05 juta dana diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan penambahbaikan empat jalan di bawah inisiatif Program Jiwa Murni di negeri ini.
Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat ini dua jalan siap, berbanding satu yang dilaporkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu.
“Jalan kedua yang disiapkan ialah Jalan Kuala Mendalam ke Meruyu dan Kampung Kerangan Ma, Limbang. Dua lagi jalan sedang dalam pembinaan iaitu Jalan Rumah Satu, Kuala Mendalam, Limbang mencapai 75.98 peratus kemajuan dan dijangka siap pada suku kedua tahun 2025; Jalan dari Ba’Kelalan ke Simpang Bario telah mencapai 74.70 peratus kemajuan dan dijangka siap pada suku keempat tahun 2025,’’ katanya.
Uggah berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini, hari ini.
Sementara itu kata Uggah, sebanyak 121 projek jalan dan jambatan luar bandar bernilai RM7.92 bilion diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) setakat ini, berbanding 107 projek bernilai RM6.73 bilion yang diumumkan pada sesi DUN yang lalu.
Daripada jumlah tersebut kata beliau, tujuh projek merupakan kelulusan terbaharu di bawah Pelan Boleh Pinda Kelima.
“Menurut data semasa, 15 projek siap sepenuhnya, 33 projek sedang dalam fasa pembinaan, manakala 73 lagi berada di peringkat prakontrak.
“Dalam tempoh antara November 2024 hingga April 2025, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak turut menganugerahkan sebanyak 17 projek kepada kontraktor yang berjaya bagi memulakan kerja-kerja pembinaan,’’ ujarnya.

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden
KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

