ARTIKEL

Sebauh jadi jingga, Limbang bertukar kuning

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hari ini Daerah Sebauh telah bertukar dari status kuning ke status jingga dengan sejumlah 21 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Daerah Limbang pula telah bertukar status hijau ke status kuning setelah satu kes baharu dilaporkan.
“Sementara Daerah Kuching, Sibu dan Miri kekal berstatus merah dengan sejumlah 316 kes jangkitan tempatan dilaporkan di tiga daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Daerah Beluru, Dalat, Selangau, Sebauh, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Meradong dan Bintulu kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 26 kes jangkitan tempatan,” kata JPBNS dalam kenyataan hari ini.
Tambah JPBNS, 27 lagi daerah di Sarawak kekal berstatus hijau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai