ARTIKEL

Secawan kopi RM2,873

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DUBAI: Secawan kopi yang dijual pada harga AS$680 (RM2,873) di kedai minuman Roasters Specialty Coffee House di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai yang termahal di dunia.

Biji kopi Geisha itu berasal dari ladang Hacienda La Esmeralda di Panama. Varieti tersebut sebenarnya berasal dari Ethiopia dan biji kopi tersebut terkenal dengan rasa uniknya.

“Ia merupakan kopi V60 dan dibancuh secara manual menggunakan salah satu biji kopi paling jarang dan eksklusif di dunia iaitu Geisha yang terkenal dengan profil rasa luar biasa,” lapor portal berita VnExpress semalam.

Bagaimanapun, pokok kopi itu kini ditanam di tanah gunung berapi Lembah Boquete pada ketinggian antara 1,200 hingga 1,800 meter dari paras laut.

Kopi itu dihidangkan bersama tiramisu, ais krim coklat dan sepotong coklat istimewa yang semuanya diperbuat menggunakan biji kopi Geisha.

“Anugerah itu adalah meraikan pasukan kami dan mencerminkan reputasi Dubai yang semakin berkembang sebagai destinasi untuk pengalaman kopi yang luar biasa,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Roasters, Konstantin Harbuz. – AGENSI

BERITA LAIN

Pawagam China bukan sekadar tempat tonton filem

BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.

BERITA TERBARU