ARTIKEL

Sediakah guru mengajar dalam BI?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: PAS melahirkan kebimbangan terhadap usaha tergesa-gesa Kerajaan Sarawak mahu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dilaksana tahun hadapan.

Yang Di-Pertua PAS Bintulu, Zharudin Narudin berkata, tidak dinafikan hakikat bahasa Inggeris penting untuk menguasai ilmu terutamanya dalam peringkat tertinggi namun beberapa perkara perlu dititikberatkan.

Kata Zharudin, antara perkara itu adalah melibatkan kesediaan dan keupayaan pihak terlibat dalam perlaksanaan usaha terbabit.

“Bukan sesuatu yang baharu guru terpaksa menanggung beban terhadap dasar atau program yang dirancang atas kehendak ahli politik itu sendiri berbanding pelan pelaksanaan kementerian.

“Kita percaya guru itu mampu tetapi adakah adil bagi mereka menjadi mangsa terhadap pelan rancangan tergesa-gesa? Dan akhirnya jika program itu gagal, mereka pula terpaksa bertanggungjawab kerana gagal membimbing pelajar menguasai Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

“Pelan rancangan itu diutarakan dan tiba-tiba pula mahu dilaksanakan, malah rakyat pun belum tentu bersedia untuk ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Suara Sarawak kelmarin.

Baca lain  Tiga langkah penting bantu industri media di Malaysia

Tambah Zharudin, jika usaha itu dirancang pihak kementerian, bukannya menteri yang baru dilantik, pihaknya yakin kementerian akan mengadakan latihan secukupnya kepada guru Sains dan Matematik sekurang-kurangnya bermula pada Januari depan.

Beliau turut mempersoalkan mengenai kesediaan bahan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris melibatkan proses pencetakan serta bajet itu pada tahun depan.

Katanya, secara rasional bahan pengajaran itu sekurang-kurangnya siap diedarkan menjelang Disember ini jika benar-benar kaedah itu bermula pada tahun hadapan.

Dengan tempoh begitu singkat sebelum Januari depan katanya, semua perlu dilakukan secara cekap termasuk melibatkan proses penterjemahan pencetakan dan pengagihan bahan terbabit.

“Justeru, PAS ingin menitik-beratkan sama ada bahan itu mampu disiapkan dan disampaikan ke sekolah dengan baik sebelum sesi persekolahan tahun 2020 itu bermula,” ujarnya.

Zharudin turut mempersoalkan pelaksanaan terbabit sama ada telah dikaji secara mendalam atau sekadar aspirasi politik kerana ia turut melibatkan masa depan anak-anak.

“Berdasarkan kenyataan menteri, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak akan terkesan dengan pelaksanaan ini…tetapi mengapa tidak melibatkan semua sekolah jika menteri mengatakan Sains dan Matematik dalam Inggeris itu sangat penting? Mengapa SKJC tidak dilibatkan?,” tambahnya lagi.

Baca lain  Menara tambahan Internet di Puncak Borneo

Dalam pada itu, Zharudin berkata PAS berharap agar sistem pendidikan di negeri ini tidak menjadi ‘bahan uji kaji’ semata -mata serta mengelirukan dengan dasar tidak konsisten

BERITA LAIN

Mayat penyelam ditemui terapung

MIRI: Mayat seorang lelaki yang melakukan aktiviti penyelaman di Taman Negara Terumbu Karang Miri/Sibuti kira-kira 19 batu nautika di perairan Miri ditemui terapung tengah hari

Duit sewa rumah boleh disimpan

DISKAUN 50 peratus sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mula Januari hingga Jun depan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,200 penyewa Skim Perumahan

Tegas tegur penumpang

KUCHING: Tragedi feri Triso yang berlaku pada hari pertama tahun ini menggemparkan seluruh negara apabila mengorbankan sembilan mangsa sekali gus dengan paling muda berusia empat

Pengalaman berharga wartawan pelatih

KUCHING: Menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian di universiti sebenarnya bukan setakat memenuhi syarat untuk lulus di peringkat universiti, namun ia akan menjadi pengalaman dan

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,