ARTIKEL

Segak FC dinobat juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Segak FC berjaya merangkul gelaran juara pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Segak FC 2024.

Pilihan popular itu menumpaskan Jagoi AFT dengan jaringan (3-1) pada perlawanan akhir yang berlangsung di padang bola sepak SK Simpang Kuda, Bau hujung minggu lalu.

Kejayaan itu membolehkan barisan pemain Segak FC membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat.

Manakala, hadiah piala dan pingat diterima pemain Jagoi AFT selaku naib juara.

Dalam pada itu, tempat ketiga milik pasukan Mambong FC dan Seda United menduduki tempat keempat.

Kedua-dua pasukan terbabit menerima hadiah berupa piala dan pingat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Kaum Kampung Sega, Junaton Anak Bidel.

Kejohanan terbabit berlangsung sehari (14 April) dan dianjur oleh Segak FC.

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU